Tiga cadangan hadiah untuk lelaki maskulin

Artikel ini ditulis khas dari lelaki untuk wanita secara umum tentang tiga cadangan hadiah untuk lelaki yang boleh anda beli dengan mudah secara online sahaja. Pemilihan hadiah untuk lelaki ini adalah berdasarkan cadangan dari lelaki. Sangat original kan?

Pandangan saya tentang pemilihan hadiah untuk lelaki ini adalah kolektif idea umum yang biasa tetapi bersifat evergreen. Idea yang evergreen adalah unik walaupun nampak biasa-biasa.

Jadi, jom kita lihat idea hadiah untuk lelaki maskulin. Apakah dia?

Idea klasik, hadiah untuk lelaki. DOMPET.

Hadiah Dompet Untuk Lelaki
Hadiah Dompet Untuk Lelaki

Dompet boleh dijadikan hadiah yang sangat eksklusif untuk lelaki. Noktah. Terutamanya apabila anda perhatikan kondisi dompet sedia ada teman lelaki atau suami anda itu sudah dimakan usia dan lusuh.

Kebanyakan lelaki tidak menukar dompet sepertimana wanita yang sering menukar tas tangan sekurang-kurangnya satu kali setahun. Kami lelaki akan menggunakan dompet sehingga ia menjadi “sampah”. Lebih-lebih lagi jika dompet tersebut mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

Nilai sentimental seperti, dihadiahkan semasa hantaran kahwin misalnya ataupun dompet tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadi kesukaannya.

Jenama bukan sesuatu yang utama dalam pemilihan hadiah dompet untuk lelaki. Seringkali lelaki memilih sesuatu jenis dompet itu berdasarkan rekabentuk dan kualiti kulit yang digunakan. Semestinya kulit asli menjadi pilihan nombor satu kerana ciri-ciri ini menjadikan dompet tahan lasak dan kekal cantik bertahun-tahun.

Dompet Si Penyimpan Emas
Dompet Si Penyimpan Emas

Sebagai contoh saya kongsikan gambar

Lelaki yang hebat suka berwasatiah dan berjimat-cermat. Tidak menukar dompet selama tiga tahun adalah biasa. Malah ketika menulis artikel ini, dompet saya telah berkhidmat selama lebih 10 tahun lamanya. Iaitu sejak Jun 2009. Ya, saya spesis RARE.

Idea evergreen, hadiah untuk lelaki. TALI PINGGANG.

Bagi lelaki yang berkerja di pejabat atau usahawan yang sentiasa kelihatan smart dan trendi, anda boleh memilih hadiah untuk lelaki berupa tali pinggang kulit. Wah kulit lagi?

Ya tentulah. Hampir semua lelaki memilih untuk menggunakan produk kulit semasa memperagakan pakaian lelaki supaya nampak maskulin.

Tips untuk anda memilih tali pinggang yang sesuai dengan seorang lelaki ialah dengan mengetahui warna seluar yang sering dipakainya. Perlu juga mengetahui warna kasut kerja dipakainya. Warna tali pinggang mesti setara dengan warna kasut. Jika warna tali pinggang juga sama dengan warna dompet, itu adalah BONUS.

Ciri lain yang juga penting ialah kepala tali pinggang atau “belt knuckle” itu sendiri. Design belt knuckle dikatakan mencerminkan peribadi seorang lelaki. Pilihlah kepala tali pinggang yang bersesuaian dengan keperibadian si dia.

Idea general, hadiah untuk lelaki. KASUT.  

Kasut merupakan sejenis hadiah untuk lelaki yang sangat umum. Terdapat pelbagai jenis kasut untuk dipilih, kasut kerja, kasut sukan, kasut casual dan sebagainya. Malah dalam setiap kategori pula ada banyak pecahan untuk aktiviti yang spesifik.

Jika anda memilih untuk menghadiahkan kasut sebagai hadiah untuk lelaki sama ada suami atau teman lelaki, anda mempunyai terlalu banyak pilihan. Kasut mungkin pilihan terbaik anda.

Seringkali lelaki mempunyai kasut untuk setiap aktiviti yang khusus. Sebagai contoh kasut sukan akan mengikut jenis sukan dan tidak sama jenis setiap satunya. Anda perlu mengenal hobi atau sukan yang dimain oleh si dia.

Anda juga wajib mengetahui saiz kasut yang dipakai oleh lelaki sebelum membelikan kasut sebagai hadiah. Adalah lebih baik anda bertanya saja saiz kasut yang dipakai mengikut jenis kasut. Adakalanya, kasut kerja dan kasut sukan yang digunakan berbeza saiz di mana kasut kerja mungkin saiz 7 dan kasut running ada saiz 71/2 pula. Pelik kan?

Hadiah Kasut kulit.

Saya nasihatkan sebelum membeli, pastikan dengan peniaga tentang syarat pemulangan kasut untuk tukar saiz. Adakah boleh? Berapa kah tempoh yang dibenarkan? Pastikan soalan sama diajukan kepada penjual jika anda memilih untuk membeli secara online.

Apakah pilihan anda tentang hadiah untuk lelaki maskulin?

Baiklah, saya dah kongsikan pandangan saya tentang tiga jenis hadiah untuk lelaki supaya sentiasa kelihatan maskulin dan penuh bergaya. Secara asasnya ada terlalu banyak hadiah yang boleh dipilih. Tetapi ini antara hadiah yang praktikal dan semestinya akan dipakai selalu oleh si penerima hadiah.

Jika anda memberi hadiah, sudah pasti anda gembira jika hadiah anda itu sering digunakan dan sangat bermanfaat kepada penerimanya. Beritahu saya di dalam ruangan komen jika anda ada cadangan hadiah untuk lelaki yang menarik.

Semoga anda tabah dan mudah membuat pilihan. Aamiin.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *