Beli Buku Mydin The Untold Story di PGMall

By Fakhrul Anwar Osman

November 11, 2019

Buku Mydin The Untold Story

MYDIN bukanlah nama yang asing bagi rakyat Malaysia. Saya percaya ramai yang mengenali nama MYDIN sebagai sebuah pasaraya milik rakyat Malaysia yang ternama. Namun, tahukah anda tentang kisah disebalik kejayaan Mydin?

Sebagai syarikat ternama yang mengoperasikan pasaraya pertama untuk belian borong dan juga runcit, MYDIN kini mempunyai 74 cawangan pasaraya di seluruh Malaysia. Betul-betul hebat.

Misi syarikat MYDIN ialah untuk menjadi syarikat utama dalam bidang jualan borong dan runcit dengan menawarkan harga terbaik, pelbagai pilihan produk dan kecemerlangan berterusan berdasarkan formula bisnesnya.

Buku MYDIN THE UNTOLD STORY

Mydin The Untold Story Book

Buku ini ditulis dalam bahasa inggeris oleh Datin Dr. Hjh Siti Hawa Mohd (PH.D.) yang juga merupakan isteri kepada Dato’ (Dr.) Hj. Ameer Ali Bin Mydin.

Buku Mydin The Untold Story ini mengisahkan tentang seorang yang mempunyai impian dan bagaimana beliau menjadikan impian suatu realiti. Ianya kisah tentang susah dan senang sebelum beliau berjaya menggapai kejayaan sepertimana yang anda tahu sekarang.

Bagaimana seorang yang hidupnya susah, sentiasa berjimat-cermat dan berhemat dalam berbelanja mampu membina satu empayar bisnes yang hebat dan berjaya. Walaubagaimanapun, buku Mydin The Untold Story menceritakan tentang sifat beliau tetap kekal walaupun beliau telah mencapai tahap kejayaan yang sangat baik.

Sehingga diceritakan bahawa semasa beliau telah berjaya, beliau masih lagi sanggup beratur di hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan, walaupun jauh dari sudut kemampuan kewangan, beliau mampu untuk menggunakan perkhidmatan di hospital swasta.

Siapa perlu baca Mydin The Untold Story?

Anda mesti tertanya-tanya buku ini sesuai dibaca oleh siapa? Buku Mydin The Untold Story ini sesuai dibaca oleh anda yang mencari sumber inspirasi untuk menggapai kejayaan.

Kejayaan yang dimaksudkan tidak terhad kepada kejayaan dari segi kewangan semata-mata. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh anda yang juga mencari sumber inspirasi mempelajari tentang nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.

Kisah tokoh di dalam buku Mydin The Untold Story ini merupakan seorang yang sangat merendah diri sepanjang kehidupannya. Beliau juga bukan orang biasa-biasa kerana mempunyai fokus yang tinggi terhadap kerja. Sangat berdedikasi dalam kerja sehingga mampu membina empayar bisnes yang sangat luar biasa.

Buku Mydin The Untold Story (versi bahasa inggeris) boleh didapati di mana-mana kedai buku MPH seluruh Malaysia. Belian secara online bleh dibuat di laman e-dagang Mydin dan juga laman e-dagang PGMall.

Klik untuk Beli Buku Mydin The Untold Story di PGMall.my
Harga buku ini ialah RM14.90 sahaja.


Fakhrul Anwar Osman

About the author

Nama saya Fakhrul Anwar Bin Osman. Merupakan seorang Public Gold Business Owner yang aktif dalam memperkenalkan emas dan silver sebagai instrumen kewangan yang mempunyai pelbagai fungsi. Juga seorang speaker rasmi Public Gold Cawangan Alor Setar dan Premium Shopper di PG Mall.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Direct Your Visitors to a Clear Action at the Bottom of the Page

>