Bina Bisnes Dropship dengan PG Mall

By Fakhrul Anwar Osman

November 8, 2019

bisnes dropship dengan pgmall, bisnes dropship secara online, Forever Cashback

Model Bisnes Dropship dengan PG Mall

Dunia digital sekarang memberi peluang kepada kita untuk menjana pendapatan secaran online atau di atas talian dengan sangat mudah. Salah satu caranya ialah dengan menjalankan bisnes dropship dengan PGMall.my

Bagaimana menjalankan bisnes dropship dengan PG Mall?

Bisnes dropship merupakan kaedah bisnes online yang tidak memerlukan belanja yang banyak. Di PG Mall kos permulaan untuk menjalankan perniagaan dropship adalah ZERO kos.

Semudah mendaftar akaun PGMALL secara percuma sahaja. Tonton rakaman FBLive semasa Branch Weekly Meeting Public Gold Cawangan Alor Setar ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Video ini direkod pada 7 November 2019.

Salah satu kaedah menjalankan bisnes dropship dengan PG Mall ialah dengan mempromosikan link affiliate atau link referal anda di media sosial dan di blog seperti ini. Jika anda memilih untuk menggunakan media sosial, terdapat banyak jenis media sosial yang anda boleh gunakan seperti facebook, linkedin, instagram, tiktok dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, didalam sesebuah platform media sosial itu pula ada pelbagai medium yang boleh digunakan. Anda boleh menggunakan penulisan sahaja, gambar sahaja, audio sahaja dan juga video seperti contoh FBLive Bisnes Dropship dengan PGMall di atas.

Bisnes dropship online perlukan trafik.

Anda menjalankan bisnes dropship secara online untuk membina pendapatan pasif. Perkara yang anda perlukan ialah perhatian netizen. “Perhatian” atau “Tumpuan” orang lain adalah sejenis aset di dalam dunia digital kini.

Usahawan dropship online seperti yang dibuat menggunakan laman e-dagang PG Mall ini memerlukan anda mendapatkan aset tumpuan orang. Ini adalah aset yang sangat berharga bagi usahawan dropship.

Apa yang anda perlu buat ialah membina seberapa banyak channel trafik kepada maklumat anda. Jika anda perhatikan, saya telah merekod satu video FBLive tentang Bisnes Dropship dengan PG Mall di facebook. Kini saya menggunakan blog sebagai funnel trafik untuk menarik views atau tumpuan anda untuk tonton video tersebut.

Ini adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh usahawan dropship untuk mempromosikan produk atau bisnes dropship itu sendiri.

Struktur insentif Forever Cashback PG Mall

Forever Cashback PGMall

Di laman PGMall.my pula, setiap “shopper” atau pelanggan yang didaftarkan melalui pengenalan daripada “shopper” lain seperti anda akan mendapat cashback dari 0.5% sehingga 3.5% melalui program “Forever Cashback PG Mall”.

Program ini membolehkan setiap shopper yang memperkenalkan shopper lain akan mendapat pelanggan tetap yang kekal. Setiap kali anda membuat belian, minima 0.5% cashback boleh diterima. Malah lebih baik, setiap kali pelanggan yang anda perkenalkan itu membuat belian di PG Mall, anda akan menerima insentif cashback bermula serendah 0.5% juga.

PGMall.my adalah platform yang adil di mana, shopper yang mendaftar melalui link referal shopper lain juga akan menerima cashback serendah 0.5% daripada belian peribadinya.

Struktur insentif yang boleh diterima sekiranya anda menjadi “shopper” di PG Mall adalah seperti gambarajah di bawah.

Struktur penerimaan Forever Cashback PG Mall

Fakhrul Anwar Osman

About the author

Nama saya Fakhrul Anwar Bin Osman. Merupakan seorang Public Gold Business Owner yang aktif dalam memperkenalkan emas dan silver sebagai instrumen kewangan yang mempunyai pelbagai fungsi. Juga seorang speaker rasmi Public Gold Cawangan Alor Setar dan Premium Shopper di PG Mall.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Direct Your Visitors to a Clear Action at the Bottom of the Page

>